20 September 2023

DAH MINTA IZIN - CAPRICE KONGSI BERITA ISTERI KINI HAMIL 5 BULAN



"Alhamdulillah, buat pertama kali saya ingin umumkan selepas minta izin isteri dulu... yes or no? Alhamdulillah isteri saya kini sedang mengandung lima bulan.
"Selepas saya kahwin, ramai tanya kenapa saya tidak cuba untuk dapatkan anak. Bukan tak mahu tapi masa baru berkahwin dulu ada macam-macam masalah berlaku, tekanan bisnes dan media sosial. Jadi saya memang tak fikir soal anak lagi."

Jelas penyanyi rap Caprice yang berkongsikan berita gembira apabila isterinya, Farra Inalis kini sedang hamil anak sulung mereka hasil perkahwinan mereka dan usia kandungan kini mencecah lima bulan.

Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra pada November tahun lalu.

Sebelum dengan Caprice, Farra pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: