14 September 2023

KONGSI VIDEO BERENDAM BERSAMA SUAMI - FASHA SANDHA KENA TEGUR, SIAP ADA YANG 'UNFOLLOW'



Pelakon Fasha Sandha baru-baru ini ada berkongsi satu video di laman Instagram miliknya, dimana ia memaparkan aksinya bersama suami, pelakon Aidil Aziz, yang sedang berendam di dalam tab mandi.
Menerusi video berkenaan, Fasha dilihat hanya mengenakan singlet berwarna hitam, manakala Aidil pula tidak memakai baju sehingga menampakkan tubuh badannya yang sasa.

Video berdurasi 10 saat yang difahamkan dimuat naik sebagai salah satu 'marketing' bagi mempromosikan produk terbaharu milik Fasha itu turut menyaksikan pasangan berkenaan melakukan beberapa aksi mesra seperti berpelukan dan berlaga pipi.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, melihat pada kapsyen video tersebut, Fasha hanya menulis 'my forever love' beserta satu tarikh dipercayai hari pelancaran produknya.

Video yang dikongsikan Fasha itu telah menarik perhatian ramai pihak, dimana segelintir netizen kurang senang dengan perkongsian tersebut.

Bukan itu sahaja, malah ada juga yang sudah 'unfollow' Fasha di Instagram, selepas meluahkan rasa kecewa dengan tindakan ibu kepada tiga cahaya mata itu.
Namun begitu, Fasha yang enggan berdiam diri dilihat sempat menjawab komen tersebut dengan mengatakan dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang tidak menyukai dirinya.

"Tak suka tidak mengapa. Tiada masalah. Oh saya tak pernah padam gambar sesiapun di IG saya. Gambar bekas suami pun masih ada dalam IG saya, gambar saya pun masih ada dalam IG bekas suami.

"Kami bukan jenis bitter punya manusia. Kami sentiasa positif dan reda. Apa pun terima kasih atas teguran itu," tulisnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: