Semua sedia maklum mengenai penyampai radio, Ismahalil Hamzah yang dibebaskan dari penjara pada 16 Julai lalu oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas terbabit dengan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram, dua tahun lalu.
Berhubung pembebasannya itu, Ismahalil, 49, berkata, dia lebih menghargai erti kasih sayang dan kebebasan yang diberi selepas sekian lama berada di dalam penjara.
Tambahnya lagi, dia mengambil pendekatan melakukan kebaikan dan membantu rakan-rakan industri mempromosikan kerjaya seni seperti konsert.
"Saya tidak pernah cakap saya insan yang lebih baik, malah saya terlalu kerdil. Tetapi, saya lebih mendekati jemaah-jemaah tabligh, lebih belajar lebih hormat mereka.
"Lebih menghargai kebebasan, lebih menghargai kasih sayang. Ini semua terjadi kerana kasih sayang Allah. Allah sayangkan kita dan Allah yang gerakkan hati kita. Lebih mengharapkan Allah daripada mengharapkan manusia.
"Dan kita berbaik dengan semua orang. Kesempatan yang ada saya ingin membantu semua artis-artis yang buat konsert, produk kawan-kawan.
"Ketika berada di dalam penjara kita sering terpendam, jadi bila keluar ini kita cari kembangkan lagi," ujar Ismahalil yang mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan kata-kata negatif segelintir pihak mengenai pembebasannya.
"Saya melalui proses, ini adalah proses kehakiman, pengurusan kes dan kita dah lalui ini semua. Alhamdulillah saya sudah melalui proses itu.
"Saya sudah merasa bagaimana duduk di dalam untuk cakap negatif cakap belakang-belakang ini bukan benda yang baik. Tidak bagus kita mendoakan kecelakaan sesama insan.
"Apabila kita bercakap baik, maka kebaikan itu akan tersebar. Tapi kalau mereka-mereka yang kata saya belakang-belakang itu, saya sentiasa maafkan, saya sentiasa doakan agar mereka diberi hidayah.
"Sudah-sudahlah, bercakap belakang ini kan umpama membunuh saudara sendiri, jadi tak naklah macam itu," katanya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment