18 September 2023

PINTU HATI BELUM TUTUP - MAMAT BERHASRAT BERUMAH TANGGA SEMULA



"Hasrat hati untuk memiliki pasangan hidup itu sentiasa ada. Tapi, setakat ini belum lagi melalui tahap perkenalan yang serius. Setakat kenal-kenal biasa itu adalah, tapi saya tidak pernah menutup pintu hati untuk jodoh.
"Pada usia saya sekarang, sekiranya ada peneman hidup itu lebih baik daripada terus menjalani kehidupan bersendirian seperti ini. Niat nak kahwin semula memang sentiasa ada."

Demikian kata penyanyi Mamat Exists, 45, dimana dia mendedahkan hasratnya yang ingin berumah tangga dan memiliki peneman hidup selepas 13 tahun bercerai dengan bekas isteri, Marshila Mustapa Kamal pada 24 Februari 2010 lalu.

Ketika ditemui media, Mamat berkata, dia masih mencari calon pilihan walaupun belum melalui proses perkenalan serius kerana tidak pernah menutup pintu hati untuk mempunyai pasangan hidup baharu.

Kini menetap di kampung halaman di Johor yang berdekatan dengan adik-beradiknya, Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin ini memberitahu, dia menjalani rutin harian dengan aktiviti tawaran menyanyi yang diterima.

"Kehidupan saya di Johor sekarang diisi dengan aktiviti seni dan tawaran nyanyian. Walaupun tawarannya tidak banyak macam dulu, tapi bolehlah untuk saya meneruskan kelangsungan hidup sendiri.

"Sekurang-kurangnya saya tidaklah melilau tak tentu arah tanpa aktiviti berfaedah. Alhamdulillah, saya bersyukur masih mendapat tawaran menyanyi dan sumber pendapatan untuk menyara diri," jelasnya.

Untuk makluman, Mamat yang juga penyanyi asal Exists sejak 1991 pada era kegemilangan karier nyanyiannya itu pernah berhadapan ujian besar apabila terbabit dengan dadah serta mendapatkan rawatan selama beberapa tahun di pusat pemulihan.

Mamat bertemu jodoh dengan bekas isterinya, Marshila pada 2001 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aleeya Mysara, Mohd Eiki dan Dylea Mysara.

Mohd Eiki sudah mendirikan rumah tangga ketika berusia 22 tahun dan pada 13 November tahun lalu, Mamat dikurniakan seorang cucu perempuan yang kini berusia 10 bulan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: