11 September 2023

LUAHAN ISI HATI NOURUL DEPP TARIK PERHATIAN



Penyanyi Nourup Depp, 46, baru-baru ini telah meluahkan isi hatinya menerusi akaun media sosial miliknya, dimana dia mengenang semula pengalaman melahirkan anak sulung, Ayu Nazirah.
"25 tahun yang lalu hari ini, dah di hospital. Pagi2 tak ada sakit tapi ada "tanda". Rush ke #roopimedicalcenter tapi okay ja. Takdak sakit melahirkan.

"Ya. Kami pernah melahirkan satu baby perempuan 25 tahun yang lalu. Tapi tanggal 11 Sept jam 1:56 tengahari. Usai solat Jumaat.

"Sakit melahirkan? Ya. Minta normal. Tak mahu dibedah kerana tak cukup wang. Waktu tu tak cukup segala.

"Tahan 2 hari menunggu. Tanggal 10 sept 1998, doktor bagitahu kita letak satu tablet jam 6 pagi 11 Sept. Untuk dilate kan cervix. Supaya dapat bersalin normal.

"7 jam sakit pagi 11 September tu. Menahan, untuk melahirkan satu lagi hamba Allah. Tepat 1:56pm, lahir seorang baby girl. Merah warna kulitnya. Kuat nangisnya. Keluar saja dia, kami pengsan kepenatan.

Klik untuk gambar besar
"Sehingga teman baik yang turut sama dalam labour room sebut Allahuakbar, baru lah kami sedar dari pengsan.

"Dia tak tahu. Kerana melahirkan dia itu satu kegembiraan dan kebahagiaan. Sakit itu langsung hilang kerana happy.

"Sekarang baru kami tahu, menjadi ibu itu tak mudah. Happy, sedih, happy, diduga, disakiti... Semua perempuan akan merasai rasa ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka yang berikan kita kehidupan dan pengorbanan.

"Wanita dalam gambar ni, dah "mati" semasa membesarkan anak gadisnya. She adopted a new lady to be her mother until she was 23.

"The lady here was reborn to a different person. And the baby girl belongs to someone else and to another woman that she could call mother.
"23 years - that's her promise to keep her. That was the chapter. New chapter? Only God knows. I was chosen to give birth but not to keep the 1st.

"Now I am making my choices. To give birth to three more and to keep them all because I deserved the pain and the challenges as well as sacrifices

"I deserve better. I deserve best life. Poor you Noorulhuda. May you learn your lesson and be better. Look forward and move on. Cry for 5min but be happier for forever. 🥰⭐️😇.

"Dear faithfully, The reborn, Nourul Depp," tulis Nourul dalam hantaran tersebut yang mendapat perhatian ramai, dimana rata-ratanya meninggalkan komen berbaur sedih dan terharu dengan pengorbanan besar seorang ibu yang sanggup berkorban apa saja termasuk nyawa demi anak tersayang.

Namun begitu, ada segelintir netizen turut mengaitkan hantaran sedih Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab, mungkin ada kaitan 'terguris hati' dengan anak sulungnya itu.
Melihat pada salah satu komen Nourul kepada netizen yang bertanya apa sebenarnya berlaku, penyanyi itu berkata, baca dan fahamkan saja apa yang ditulisnya itu dan tidak perlu penjelasan lanjut.

"Tanya saya. Tak yah tanya siapa-siapa dan baca je. No need more explaination (Tak perlu penjelasan lanjut). Awak sangat 'kak gayah' ye," balasnya yang disertakan emoji ketawa.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan Nourul terus bersabar, kuat semangat dan terus berdoa untuk kebahagiaannya dan keluarga dalam menghadapi ujian yang sudah tertulis.

Untuk makluman, Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer dan penyanyi, Ajai pada tahun 1996 sebelum bercerai pada 2006. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Ayu Nazirah yang berusia 25 tahun.

Pada 2012, Nourul telah berkahwin kali kedua dengan suaminya, Eric Daniel Depp yang berasal dari Perancis. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella 4.

Terkini, Nourul dan keluarganya sudah berpindah ke Bali, Indonesia dan menetap di negara jiran itu sejak September tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: