08 September 2023

MIZZ NINA KONGSI SAAT PERTEMUAN PERTAMANYA DENGAN SUAMI SEJAK 2015



"Kali pertama kami bertemu adalah di sebuah festival pada 2015. Saya ingat lagi dia datang kepada saya selepas saya baca puisi atas pentas.
"Dia kata 'Assalamualaikum, saya Essam dari Seattle. Saya suka apa yang awak sebutkan atas pentas tadi', dan saya balas dengan ucapan terima kasih. Kami cuma bercakap ringkas, itu sahaja."

Itulah kongsi penyanyi Mizz Nina, dimana dia mendedahkan perkenalan dengan suaminya, Essam Muhammad yang bermula ketika di sebuah festival pada 2015.

Semua sedia mengetahui mengenai Mizz Nina, yang dikenali sebagai seorang yang menyimpan kemas sisi peribadi daripada umum.

Jelas Mizz Nina, suaminya yang merupakan seorang penyanyi rap kelahiran Amerika Syarikat itu yang terlebih dahulu menegurnya dengan memuji puisi dibacakannya pada acara tersebut.

Berucap pada majlis resepsi mereka yang diadakan baru-baru ini, Essam turut menyatakan persahabatan mereka sepanjang tempoh berkenaan adalah berlandaskan rasa hormat antara satu sama lain.

"Detik terindah adalah lapan tahun kemudian iaitu tahun 2023 sebaik kami mendirikan rumahtangga, Alhamdulillah," kata Mizz Nina yang sebelum ini (pada 15 Jun lalu) mengumumkan berita gembira apabila dia selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Essam Muhammad.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: