08 September 2023

AL-FATIHAH - BAPA ANNA JOBLING DIJEMPUT ILAHI



Takziah ucapkan kepada pelakon Anna Jobling atas pemergian bapanya, Abdul Rahman Jobling Abdullah yang meninggal dunia, semalam.
Ujar Anna atau nama penuhnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, dia pasti akan merindui kata-kata semangat bapanya yang menjadi penyokong nombor satunya selama ini.

"Semestinya ia memberi kesan emosi kepada saya. Saya sangat dirahmati kerana mempunyai bapa yang sentiasa menyokong saya dalam segala hal. Apa saja yang saya ingin lakukan.

"Tidak kisah apa, dia cakap asalkan saya buat yang terbaik dan menggembirakan saya. Mohon jasa baik anda semua sedekahkan al-Fatihah kepada arwah," tuturnya.

Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, Anna yang kini sedang menjalani penggambaran drama Indonesia di Bali, Indonesia, enggan berkongsi butiran lanjut mengenai pemergian bapanya itu.

Menurut pelakon yang popular menerusi drama 'Melur Untuk Firdaus' itu, dia cuba habiskan komitmennya sebelum kembali ke pangkuan keluarga.

Terdahulu, Anna pernah meminta orang ramai untuk tidak mengaitkan keluarganya dalam kehidupan glamournya.

Bapanya yang pernah bekerja sebagai jurutera minyak dan gas itu berasal dari United Kingdom.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: