08 September 2023

ABBY ABADI TAMPIL BERSUARA ISU ANAK DIDAKWA PENYONDOL, RUNTUHKAN RUMAH TANGGA ORANG



Nama anak gadis kepada Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim ketika ini hangat diperkatakan apabila dia didakwa penyondol, selepas tular dakwaan seorang wanita yang mengatakan rumah tangganya musnah akibat orang ketiga.
Malah, turut tular perkongsian kakak kepada mangsa rumah tangga itu juga mendakwa ibu bapa Marissa ada berjumpa dengan keluarganya membincangkan perkara tersebut.

Dakwanya lagi, anak gadis Abby dan bekas suaminya itu yang kini berusia 18 tahun itu turut mengakui kesalahannya dan berjanji untuk tak mengulanginya.

Susulan isu tersebut, Abby yang diserang netizen di Instagram berhubung situasi itu tampil memuat naik kenyataan di Insta Story, dimana dia akan menjawab isu yang berlaku, namun mahu membiarkan orang ramai meninggalkan komen terlebih dulu.

Klik untuk gambar besar
"Mengenai isu yang viral ini. Tidak mengapa sila komen-komen dulu. Cari pahala ya. Nanti saya jawab. Memang sedap bersangka-sangka, menambah cerita dan menuding jari pada orang ini," tulis Abby yang turut berkongsi wajah dia bersama Marissa yang sedang tersenyum.

Sementara itu, perkongsian Abby sekali lagi menjadi perhatian apabila mengakui mereka ada berjumpa, namun ketika itu tidak tahu cerita sepenuhnya dan bukan untuk memohon maaf seperti didakwa.

"Ya kami ada berjumpa. Itu waktu baru dimaklumkan hal ini. Memang masa itu baru tahu cerita pun. Tapi apabila bercerita, dia kata kami datang berjumpa untuk minta maaf? Apa tu, sebab itulah malas nak bercakap. Jadi, geram dengan perangai manusia ni," tuturnya.
Tegas Abby lagi, pihaknya tidak pernah bersumpah dan menjunjung Al-Quran seperti yang didakwa oleh kakak mangsa serta meminta supaya bercerita lebih jelas.

Dalam pada itu, Abby berharap, pihak yang berkongsi segala maklumat mengenai perkara itu disampaikan secara jelas sekali gus tidak membuatkan orang luar tertanya-tanya.

"Siapa yang bersumpah dan junjung al-Quran tu? Yang pasti bukan daripada pihak kami ya. Nak bercerita bagi jelas, jangan buat orang tertanya-tanya dan bersangka-sangka," katanya.
Sebelum ini, wanita itu tampil mendedahkan cerita sebenar yang berlaku membabitkan hubungan cinta anak pasangan selebriti itu dengan bekas suaminya adiknya.

Dia mendakwa, mental dan emosi adiknya dipermainkan gadis itu yang dikatakan sudah bersumpah dan berjanji untuk tidak mengganggu rumah tangga adiknya selepas pertemuan diadakan bersama ketiga-tiga pihak itu.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila ibu kepada dua cahaya mata itu tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan anak perempuan Abby dan Norman.
Wanita terbabit menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa yang juga pempengaruh itu didakwa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya.

Dalam masa sama, wanita itu turut memaklumkan sudah meminta izin kepada Abby dan Norman untuk menularkan kisah kecurangan itu di media sosial dan laporan polis juga sudah dibuat.

"Keluarga pihak sana memang tahu. Ya isu nak viralkan ni memang tiada 'solusi' nak hentikan anak mereka sendiri. Dari mereka juga keizinan viral kisah ini," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: