08 September 2023

RUMAH TANGGA DIDAKWA GOYAH - NORA ARIFFIN NAFI, ENGGAN AMBIL PUSING TANGGAPAN TIDAK BENAR



Baru-baru ini, rumah tangga Datuk Nora Ariffin, 50, dikatakan sedang dilanda masalah, bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh penyanyi itu.
Ditanya adakah dia pernah mendengar suara-suara 'jahat' yang mengatakan rumah tangganya sedang goyah, Nora berkata, dia enggan mengambil pusing segala tanggapan tidak benar itu.

"Allahuakbar. Saya tak pasti, apapun dalam usia begini, saya lebih mahu fokus kepada pelajaran anak-anak, projek baru, kesihatan dan kerjaya," ujarnya.

Jelas Nora, dia masih bergelar isteri kepada Dr Rushdi Ramli dan hubungan mereka berada dalam keadaan baik. Tambahnya lagi, perkahwinan yang dibina hampir dua tahun itu berjalan dengan sederhana, namun sempurna.

"Alhamdulillah. Di sebalik kekerasan hidup sekarang, di usia 50 tahun, saya amat bersyukur pada Allah kerana dikurniakan suami, anak-anak, menantu yang banyak menyokong termasuk cucu yang menghiburkan," katanya.

Klik untuk gambar besar
Terdahulu, Nora mengumumkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi, dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.

Tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya itu, Nora memaklumkan bertemu jodoh dengan hamba Allah yang juga sahabat baik Allahyarham suaminya, Johan Nawawi.

Sebelum dengan Rushdi, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Untuk makluman, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Pada 13 Disember 2019, Nora sekali lagi diuji dengan pemergian anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: