Umum sedia maklum mengenai pasangan Noor Nabila dan Engku Emran yang telah pun bercerai talak satu baru-baru ini.
Bagaimanapun, ada sesetengah pihak mengaitkan nama bekas isteri perkahwinan pertama Engku Emran iaitu selebriti terkenal Erra Fazira sebagai punca perceraian bekas suaminya dan Noor Nabila.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Erra meluahkan rasa kesal apabila namanya dikaitkan dan mengatakan ianya adalah fitnah, selain turut memuat naik tangkap layar fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
Klik untuk gambar besar
Melihat pada perkongsian itu, Erra didakwa mengetahui tentang punca berlakunya perceraian dan juga perangai sebenar Engku Emran sehingga menyebabkan perceraian antara bekas suaminya dan Noor Nabila.
"Jangan macam ni, nak sensasi pun jangan buat fitnah. Saya tak pernah memberi sebarang komen sebegini! Saya hormati privasi ayah kepada anak saya dan pasangan.
"Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bila mana kita sendiri tidak tahu nasib dan perjalanan kita kelak," tulis Erra yang turut berkata, dia tidak pernah memberikan sebarang komen membabitkan perkahwinan bekas suaminya, selain menghormati privasi bapa kepada anaknya, Engku Aleesya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment