Baru-baru ini, pelakon veteran Normah Damanhuri telah menyambut hari lahirnya yang ke-70 dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara.
Apa yang menariknya, anak perempuan kepada pelakon veteran itu iaitu usahawan sensasi, Kak KM dilihat telah menghadiahkan dua utas gelang emas seberat 40 gram setiap satu buat ibunya.
"Hadiah buat mama tahun ini. Mama kena pakai tak boleh buka. Ini emas padu seberat 40 gram. Tak perlu sebut harga, sebut berat saja. Ini gelang dua tahun lepas, mama masih pakai. Tahun lepas dapat kereta," katanya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Normah ketika memberikan ucapan kepada tetamu yang hadir, berkata, tahun ini sangat istimewa kerana dapat menunaikan ibadah haji.
"Dalam usia begini, tiada apa yang saya harapkan selain kesihatan dan bahagia bersama dengan anak-anak. Tahun ini sangat istimewa buat saya kerana dipermudahkan urusan di Tanah Suci Makkah untuk ibadah haji sebelum ini," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment