30 September 2023

"TAK BOLEH MENCANGKUNG... SAYA SOLAT PUN MASIH DALAM KEADAAN DUDUK..." - ZAMANI



"Berdiri semua okey, cuma tak boleh mencangkung. Nak duduk tahiyat atau antara dua sujud masih belum boleh lagi.
"Kalau saya solat pun masih dalam keadaan duduk, sejak lebih setahun lalu. Mungkin saya yang tak berani mencuba atau takut-takut lagi.

"Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik biarpun tak cecah 100 peratus, mungkin dalam 80 peratus.

Klik untuk gambar besar
"Tapi bagi saya dah boleh bekerja. Kalau dulu follow up dua minggu sekali, tapi sekarang selang enam bulan jaraknya.

"Kali terakhir check up doktor maklumkan keadaan saya semakin baik dan tak memerlukan pembedahan lagi.
Itulah jelas penyanyi Zamani yang berkongsi keadaan terkininya dimana dia masih menunaikan solat dalam keadaan duduk kerana postur badannya masih terbatas jika mencangkung.

Umum mengetahui, vokalis kumpulan Slam itu menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat skoliosis, hujung tahun lalu dan kini sudah pulih lebih 80 peratus.
Tambah Zamani, dia kini memerlukan berjumpa dengan doktor secara berkala iaitu setiap enam bulan.

Dalam perkembangan lain, Zamani kini merupakan antara bintang hot seat All Stars Gegar Vaganza yang bakal berentap bersama 15 lagi bintang lain untuk merebut gelaran juara.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: