30 September 2023

SYASYA DOLLA : "SEKIRANYA ADA YANG RASA SAYA CONTOH BURUK KEPADA PEMINAT REMAJA, SAYA BENAR-BENAR MINTA MAAF"



"Jika perhatikan betul-betul video ini, adakah nampak saya pegang minuman keras? Tajuk digunakan dalam hantaran satu akaun media sosial juga sangat tersasar, mereka tulis 'Syasya Dolla Kantoi Mabuk'.
"Ini adalah fitnah kerana dalam video itu sendiri tak nampak pun saya pegang botol minuman keras. Jadi, mana bukti nak tuduh saya?"

"Saya juga tidak akan mempermainkan agama dan kepercayaan keluarga kepada saya. Namun, saya tak mampu menutup mulut orang. Apa yang penting keluarga percaya dan tahu apa yang lakukan.

Klik untuk gambar besar
"Lebih penting, saya mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga dan diri sendiri. Tidak semua dipaparkan di laman maya boleh dipercayai 100 peratus. Ada kala video yang disunting pun boleh mencetuskan fitnah.

"Namun, sekiranya ada yang merasakan saya contoh buruk kepada peminat remaja, saya benar-benar minta maaf. Tetapi, ingin saya tegaskan, itu hanyalah salah faham kerana anda tak nampak saya pegang botol arak."
Demikian kata penyanyi kumpulan Dolla iaitu Syasya yang menafikan dakwaan meneguk minuman keras ketika menghadiri konsert seorang penyanyi antarabangsa.

Jelas Syasya atau nama sebenarnya, Noorsyasya Afiqah Sharizal, 22, video yang tular adalah kandungan lama, namun, tak dinafikan, acara itu menghidangkan alkohol.

Dalam pada itu, cucu pelakon veteran, Rozie Othman itu berkata, sebagai selebriti, dia tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menghancurkan kerjaya, populariti dan nama baik Dolla yang turut dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: