06 October 2023

7 TAHUN BELUM DIKURNIAKAN ZURIAT - MARSHA NEKAD JALANI RAWATAN IVF TAHUN DEPAN



"Jika tiada halangan, Insya-Allah saya merancang untuk menjalani rawatan IVF tahun depan," jelas penyanyi Marsha Milan, 37, yang memaklumkan, dia nekad untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan anak tahun depan.
Kata bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu, keputusan tersebut dibuat selepas melalui proses perbincangan dengan suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed, sebelum mereka akhirnya mencapai kata sepakat.

"Saya sudah membuat penyelidikan di beberapa pusat rawatan yang boleh mengikut syarat-syarat ditetapkan suami, selain ada bertanya kepada rakan-rakan artis.

Klik untuk gambar besar
"Kos rawatan IVF ini mencecah lebih lima angka tapi ia bukan masalah utama sebaliknya saya perlu persiapkan diri daripada segi mental dan fizikal. Sebab itu saya fikir panjang dan perlu ambil masa yang tepat untuk melakukannya," tuturnya.

Dalam pada itu, Marsha memberitahu, dia tidak pernah berasa tertekan dengan pertanyaan orang sekelilingnya, meskipun belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata sepanjang tujuh tahun berkahwin.
"Tahun pertama berkahwin memang ada perasaan itu, tapi memasuki tahun kedua dan seterusnya saya okey saja. Saya minta mereka doakan dan itu juga cara terbaik untuk saya berfikiran positif.

"Saya tak tertekan dengan pertanyaan orang sebaliknya lebih kepada diri sendiri kerana siapa yang tidak teringin nak zuriat," kata Marsha yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful pada 31 Disember 2015.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: