07 October 2023

SHILA AMZAH, SYADA SUDAH TIDAK SALING MENGIKUTI DI INSTAGRAM?



Semua sedia maklum mengenai rumah tangga ibu kepada penyanyi Shila Amzah yang sudah pun berakhir selepas diceraikan oleh suaminya, penyanyi Datuk ND Lala.
Terkini, timbul pula dakwaan mengatakan Shila dan adiknya, Syada sudah tidak saling mengikuti di Instagram.

Hasil tinjauan mendapati, kedua-duanya sememangnya sudah tidak saling mengikuti di platform tersebut.

Klik untuk gambar besar
Namun, Shila dilihat hanya mengikuti adik lelakinya, Syahir dan begitu juga Syada yang turut mengikuti Syahir.

Dalam pada itu, Syada juga dilihat ada berkongsi video kakak dan abangnya itu mempromosikan program 'Famili Duo', dimana kedua mereka akan bertanding.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian di InstaStory Syada, dapat dilihat dia menulis tanda pagar 'Team Syahir' sahaja, namun tidak nama Shila, sehingga ia mendapat perhatian ramai.

Apa pun, semoga hubungan adik-beradik ini baik-baik sahaja dan tiada masalah yang berlaku diantara mereka berdua.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: