28 October 2023

A AIDA TETAP ANGGAP DIRI MENANG : "DIA TETAP KENA BAYAR DENDA, JADI DISITU TERBUKTI DIA BERSALAH"



"Kita kena hormat keputusan mahkamah dan saya reda... Bagaimanapun dia tetap kena bayar denda. Jadi disitu terbukti dia bersalah kerana melanggar kontrak.
"Walaupun bukan jumlah yang disebut sebelum ini saya tetap saya menang. Kalau dia kena bayar RM100 pun saya memang dalam kes ini."

Demikian kata penerbit Datuk A. Aida yang menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan bayaran ganti rugi sebanyak RM203,000 yang diperintahkan kepada pelakon Amelia Henderson sebelum ini.

Meskipun begitu, Aida berkata, dia tetap menganggap menang dalam kes berkenaan walaupun jumlah yang perlu dibayar bukan seperti yang disebut sebelum ini.

Dalam pada itu, Aida turut berkata, tindakan dia memfailkan saman supaya memberi pengajaran kepada pelakon supaya tidak sewenangnya melanggar kontrak agar tidak menyukarkan urusan penggambaran.

Klik untuk gambar besar
"Ada juga rasa kecewa apabila keputusan mahkamah tidak mengenakan bayaran seperti sebelum ini. Selama ini saya berjuang sebab nak beri pengajaran kepada pelakon supaya tidak lagi melanggar kontrak.

"Dia tarik diri sehari sebelum penggambaran dan itu menyusahkan produksi. Ramai pelakon yang tarik diri tapi bukanlah di saat-saat akhir.

"Disebab itu saya tak boleh terima," kata Aida yang turut memberitahu, dia tiada masalah untuk bertemu dengan Amelia, malah mengakui sukakan pelakon tersebut dan disebabkan itu, dia menawarkan Amelia untuk berlakon.

"Dia tetap my sweet sister. Saya suka Amelia dan sebab itu saya panggil dia berlakon. Masalah peribadi dan kerja tidak boleh disatukan.

"Kalau jumpa dia selepas ini saya tiada masalah untuk peluk cium Amelia. Kita kena profesional dan saya tidak berniat pun nak bergaduh dengan dia," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: