28 October 2023

ARWAH BAD INDIGO DIHUBUNGI IBU SEJAM SEBELUM PERGI



"Dia seorang yang soleh dan baik. Ke mana saja saya hendak pergi pun dia bawa. Sebab itu saya amat terasa kehilangannya.
"Saya akan merindunya. Sebelum ini, setiap hari saya telefon tanya dah balik ke belum," itulah ujar ibu kepada Allahyarham Bad Indigo iaitu Sharizan Abdul Ghani, ketika ditemui di pengebumian anaknya itu.

Kata Sharizan, dia menyifatkan arwah anaknya itu sebagai seorang yang bertanggungjawab dan baik. Malah, Allahyarham juga sering menjaga kebajikannya ketika masih hidup.

Jelasnya lagi, dia ada menghubungi arwah Bad kira-kira sejam sebelum pemergiannya iaitu pada jam 6.30 petang kelmarin, dimana anaknya itu memaklumkan, dia akan pulang lewat dan tidak perlu menyediakan makanan untuknya.

Kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, Bad atau atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah menghembuskan nafas terakhir di tempat kerjanya di Ampang akibat serangan jantung.

Jenazah Bad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini, selepas solat Jumaat, semalam.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: