28 October 2023

ELLIE SURIATY KONGSI MOMEN KETIKA JADI PRAMUGARI - DEDAH PERNAH DIGANGGU VVIP TERKENAL, BERSTATUS SUAMI ORANG



Menerusi temu bual bersama bekas pramugara yang juga penyanyi, Zarul Umbrella baru-baru, pelakon Ellie Suriaty ada berkongsikan pengalaman ketika bekerja sebagai seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan suatu ketika dahulu.
Dedah Ellie, dia pernah diganggu oleh individu berstatus golongan VVIP, malah lelaki VVIP itu sememangnya dikenali dan dia tahu bahawa lelaki berkenaan merupakan suami orang.

"Ada satu masa, saya nak kena mengorat dengan somebody, VVIP. Saya tak perasan sangatlah sebab kita serve penumpang kan.

"Bila penumpang tanya, kita jawab la. Tapi saya tahu dia dah kahwin. Saya tetap be very pleasant. Kita tak boleh ada double standard," tuturnya.

Kongsi Ellie lagi, individu tersebut turut menghantar pembantu peribadinya untuk mendapatkan nombor telefon.

Namun, Ellie berkata, dia tidak melayan permintaan tersebut sebaliknya bersembunyi di bilik air.

"Bila kita landing, semestinya kawan yang sebelah tersengeh-sengeh. Saya faham sangat. Tapi kita buat tak tahu dan tak reti. Bila dah landing, lampu seatback off, first class akan keluar dulu.

"Kemudian, diikuti dengan economy class. Ada assistant dia datang cari saya dan minta contact number saya untuk bos dia. Saya cakap sekejap lalu masuk ke dalam bilik air. Tak keluar-keluar," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: