28 October 2023

AL-FATIHAH - BADRUL MUHAYAT MENINGGAL DALAM TIDUR, JENAZAH DIBAWA PULANG KE JOHOR BAHRU



Nampaknya dunia hiburan dikejutkan lagi sekali apabila pelakon senior, Badrul Muhayat pula yang dilaporkan meninggal dunia dalam tidur di sebuah homestay di Pulau Pinang, pagi tadi, selepas pemergian penyanyi Allahyarham Bad Indigo, kelmarin.
Pemergian Badrul atau nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani, disedari isterinya, Norhayati Zulkapli, kira-kira jam 9 pagi selepas cuba mengejutkan Allahyarham untuk berniaga di Karnival Uda, Jalan Baru Perai, Pulau Pinang.

Berita pemergian Badrul yang berusia 55 tahun itu telah disahkan oleh pelakon Anne Abdullah yang mendapat berita duka itu melalui teman artis, Aida Aris yang berada di tempat kejadian.

Klik untuk gambar besar
"Saya difahamkan isteri arwah mengejutnya untuk bersiap-siap ke tapak karnival kerana berniaga di sana.

"Tapi, arwah tidak memberikan respon dan badannya juga didapati sejuk. Jadi, mereka memanggil ambulans dan Badrul disahkan sudah meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, jenazah Badrul yang difahamkan tidak mengalami sebarang penyakit serius itu akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor Bahru.
"Jenazah arwah akan dibawa pulang ke Johor Bahru. Maaf, saya tidak boleh bercakap panjang kerana sedang membuat laporan di balai polis," kata isteri Badrul ketika dihubungi.

Untuk makluman, pelakon filem 'Harry Boy' dan 'Azizah The Legend' itu meninggalkan seorang balu, Norhayati yang baru dinikahi pada 18 April lalu dan belum sempat mengadakan majlis resepsi.

Allahyarham turut meninggalkan dua cahaya mata yang berusia 14 dan 16 tahun, hasil perkahwinan kali kedua dengan bekas isterinya, Julia Daud.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: