06 October 2023

AL-FATIHAH - PENGARAH & PELAKON MAJED SALLEH DIJEMPUT ILAHI



Pada Subuh pagi tadi, pengarah dan pelakon iaitu Majed Salleh, 65, telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang selepas mendapatkan rawatan akibat masalah jantung sejak dua minggu lalu.
Berita pemergian pengarah drama 'Gerak Khas' dan 'Metro Squad' ini disahkan isteri Allahyarham, Nur Shida Mohd Zikir, 43, dimana ia turut dikongsikan adik iparnya penyanyi juga pelakon, Shiha Zikir di Instagram yang memohon orang ramai sedekahkan Al Fatihah kepada arwah.

"Abang ipar Shiha, Abdul Majed Mohd Saleh telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Mohon sedekahkan Al Fatihah buat almarhum, semoga diampunkan segala dosa-dosanya dan tergolong bersama golongan beriman. Amin ya Allah," tulisnya pada hantaran dimuat naik.

Rata-rata warga maya pada kalangan selebriti dan peminat Shiha mengucapkan takziah serta berdoa agar mereka sekeluarga kuat berhadapan dugaan besar di atas kehilangan insan tersayang.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Nur Shida menjelaskan, arwah suaminya disahkan meninggal dunia disebabkan komplikasi jantung yang mengakibatkan kegagalan organ buah pinggang dan hati.

Terdahulu, Nur Shida memaklumkan Allahyarham Majed pernah dikejarkan ke wad kecemasan di Hospital Selayang pada 17 Julai lalu kerana keadaan jantung yang lemah dan badan juga bengkak.

Malah, keadaan Allahyarham Majed turut dilaporkan kritikal apabila fungsi jantungnya tinggal 25 peratus sahaja.

Bagaimanapun, difahamkan arwah sudah menjalani pembedahan perentak jantung (alat elektronik atau bateri yang dipasang untuk mengawal degupan jantung) di Hospital Serdang, sebulan yang lalu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: