06 October 2023

"KATA SAYA SERTA ANAK-ANAK LAPAR PUBLISITI... PANGGIL SAYA MUSIBAT & KUTUK SAYA JANDA" - BEKAS ISTERI ND LALA TAMPIL BIDAS BALIK



"Masuk Instagram saya dan kata saya serta anak-anak lapar publisiti. Panggil saya musibat dan kutuk saya janda. Terima kasih hina kami. Awak pun lahir dari seorang perempuan.
"Memalukan sungguh lelaki mulut macam awak ini. Apa maksud musibat? Mentua bekas suami saya orang Melaka... saudara-mara penyondol itu ke?"

Itulah tulis bekas isteri penyanyi Datuk ND Lala, Fauziah Sarman menerusi perkongsian di laman Instagram, dimana kontroversi perceraiannya masih menjadi bualan di media sosial, meskipun sudah dua bulan berpisah.

Klik untuk gambar besar
Dalam hantaran tersebut yang menjadi perhatian, Fauziah memuat naik paparan akaun milik seorang individu yang didakwa melemparkan kata-kata hinaan terhadapnya.

Dalam pada itu, Fauziah turut menyindir individu itu secara halus dengan mengucapkan terima kasih serta turut bertanyakan adakah lelaki itu ada pertalian darah dengan 'penyondol' berkenaan merujuk kepada isteri baru ND Lala.

Terdahulu, rumah tangga ND Lala sudah pun berakhir apabila ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu mengesahkan dia telah diceraikan suaminya pada 2 Ogos lalu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: