18 October 2023

"ALHAMDULILLAH TIADA MASALAH SERIUS" - JAAFAR ONN ALAMI KESUKARAN BERNAFAS, SUDAH HAMPIR DUA MINGGU DI HOSPITAL



"Saya sudah ditahan wad hampir dua minggu selepas mengalami sesak nafas. Alhamdulillah tiada masalah serius pun, cuma saya diminta untuk kekal berada di hospital bagi melakukan beberapa pemeriksaan kesihatan.
"Doktor ingin memantau tahap oksigen, keadaan jantung, darah tinggi dan gula dalam darah. Saya bersyukur semuanya berada dalam keadaan normal dan keadaan kesihatan saya pun bertambah baik."

Demikian kata pelakon dan pengacara veteran, Jaafar Onn, 72, yang kini menerima rawatan di Hospital Serdang, Selangor sejak 1 Oktober lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.

Ketika dihubungi, Jaafar meluahkan rasa syukur apabila dia tidak berdepan sebarang penyakit serius selepas melakukan beberapa pemeriksaan lanjut.

Dalam pada itu, Jaafar juga ingin mengingatkan kepada golongan yang seusia dengannya supaya mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya tidak sihat.

"Jangan berlengah untuk pergi ke hospital sebab nanti keadaan akan bertambah teruk. Jangan takut untuk mendapatkan rawatan di hospital.

"Lebih baik jumpa doktor supaya hati kita lebih tenang dan tahu punca penyakit yang dihidapi. Kalau tak sihat, macam-macam yang kita fikir," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: