18 October 2023

"ADA KALA AKU SANGAT 'DOWN', LEMAH, 'STRESS'.... MENTANGLAH AKU ARTIS, SENANG SANGAT AKU DICOP, DILABEL SEBEGITU RUPA" - BOY IMAN



Baru-baru ini, pelakon Boy Iman menerusi hantaran di laman sosial, telah meluahkan isi hatinya mengenai ujian dan nasib yang dilaluinya sehingga kini.
Dalam hantaran itu, Boy atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman berkata, secara zahirnya, orang mungkin melihat dia kuat, gembira dan sentiasa dilimpahi wang.

"Dituduh, dikec@m, dihin@, dibukak aib sebagai 'sc@mmer', p£nipu, p£njenay@h, p£njahat, kaki k£ncing dan macam-macamlah. Tidur macam-macam lokap pun aku pernah. Beraya dalam lokap pun aku dah rasa. Semua pasal 'business' (perniagaan) atau kerja.

"Macam-macam aku dah hadap dalam hidup ini kalau cerita tentang negatif. Kawan menjauh, orang tak nak bagi projek, orang bisik-bisik mengata aku, komen bukan-bukan dekat media sosial.

"Takde orang panggil berlakon, takde duit nak makan, nak bayar bil bagai, macam-macam lagilah aku dah rasa 'kesan' dia. Sedangkan hanya aku dan Allah serta beberapa orang saja yang tahu betul atau tak.

"Family aku pun sentiasa tahu aku betul atau tak, termasuklah 'my' cinta sejati," itulah luah Boy Iman, dimana dia turut menjelaskan, dalam dirinya tidak pernah bercita-cita mahu jadi p£nipu atau perlu m£nipu untuk hidup sebab 'jalan betul' pun dirinya sudah berduit dan dia pun sehingga sekarang 'berlaw@n' untuk buktikan pada dirinya dan semua orang yang dia bukan seperti yang dilabelkan ini.

"Malah sampai sekarang aku masih 'setia' dalam perjuangan aku sebagai usahawan sejati. Ini terbukti selepas aku terpalit dengan 'sk@ndal' tahun 2017, nama aku, rekod aku 'bersih' sehinggalah tahun 2023 selepas enam tahun baru aku terpalit lagi sekali dengan 'sk@ndal'. Itu pun masih dalam proses perbicaraan mahkamah dan belum diputuskan aku bersalah.

"Mentanglah aku artis, senang sangat aku dicop, dilabel sebegitu rupa. Tak kisahlah pihak media, pihak berkuasa, pihak orang yang memfitn@h aku, pihak netizen sehingga yang betul jadi salah, yang baik jadi jahat, yang b@thil jadi hak. Aku jugak yang kena..

"Ada kala aku sangat 'down', aku sangat lemah, aku sangat 'stress' tapi tidaklah sampai nak bunuh diri, nak jadi gila atau nak bunuh orang," katanya.

Dalam pada itu, tambah Boy Iman lagi, dia masih ada iman, otak, akal dan bila negatif ada juga yang positif seperti orang lebih kenal dirinya dan orang lebih ingat berkenaan dia.

"Orang lagi senang bagi projek dekat aku dan yang paling penting, Allah cuci dosa aku di dunia harapnya, menambahkan pahala aku untuk bekalan di akhirat apabila orang dok fitn@h, ku+uk, kec@m, mengata aku.

"Aku juga mengharapkan Allah ganti semuanya di dunia dan di akhirat untuk setiap ujian yang Dia bagi," ujar Boy Iman yang kini berdepan pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya, tiga bulan lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: