18 October 2023

INDIVIDU DAKWA PELAKON KACAK HAMILKAN ANAK ORANG?



Seorang pelakon lelaki kacak baru-baru ini hangat diperkatakan sejak semalam apabila didakwa menghamilkan seorang wanita.
Menerusi laporan Astro Gempak, turut tular video di TikTok yang menggunakan nama pelakon lelaki berkenaan serta mendakwa dia sedang hamil anak pelakon lelaki tersebut.

Malah, dakwa individu itu lagi, pelakon berkenaan enggan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku serta memilih untuk berdiam diri.

Difahamkan, pelakon lelaki tersebut baru saja mengatakan mahu berubah menjadi lebih baik. Dalam pada itu, Miss K dalam Astro Gempak juga seakan tidak percaya kerana muka pelakon lelaki tersebut nampak baik sahaja.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan tersebut kerana akaun berkenaan tidak menggunakan nama betul dan sehingga kini pelakon lelaki itu masih belum memberi penjelasan lanjut mengenai dakwaan itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: