18 October 2023
GURAUAN JIHAN, NABIL - AZMI SAAT AKUI TAK TERSINGUNG : "JIHAN ADA HANTAR MESEJ KEPADA SAYA MOHON MAAF..."
"Waktu mula-mula Jihan cakap tu, saya berada di belakang pentas dan dapat merasakan impak di sebalik gurauan itu. Pernah terjadi sebelum ini apabila nama ayah dibawa main, maka terus jadi kecoh.
"Tapi dalam hati saya tiada rasa marah atau apa, sebab memang saya kenal Jihan. Malah, Jihan juga ada menghantar mesej kepada saya memohon maaf mengenai kesilapannya itu.
"Cuma kita perlu belajar juga, gurauan sebegitu memang sensitif dalam masyarakat kita. Malah, setiap orang bangga dengan nama ayah, jadi jika dibawa main, orang memang kurang suka," jelas penyanyi Caliph Buskers, Azmi Saat.
Kata Azmi, dia tidak tersinggung dengan gurauan pengacara All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Jihan Muse dan Nabil Ahmad mengenai nama bapanya serta mempersenda orang cacat penglihatan ketika siaran langsung program realiti itu, Ahad lalu.
Pada konsert minggu keempat ASGV itu, Azmi yang tampil sebagai rakan duet kepada peserta Azharina menyampaikan lagu 'Pupus' itu ditanya Jihan dan Nabil bagaimana dia datang ke program itu.
Klik untuk gambar besar
"Nak tanya Azmi, datang ke sini naik apa? Memandu ka?," kata Jihan seolah-olah mempersenda Azmi yang cacat penglihatan.
Selain itu, mereka juga mempersenda nama bapa Azmi dengan menyebut berapa 'saat' diperlukan untuk satu minit.
Menurut Azmi lagi, walaupun dia tidak tersinggung, tetapi sensitiviti masyarakat juga harus diambil kira agar tidak menyinggung mana-mana pihak yang menonton.
Namun begitu, Azmi berkata, gurauan sedemikian tidak mendatangkan masalah kerana mereka kenal antara satu sama lain.
"Saya memang kenal Nabil dan Jihan. Jadi tiada masalah. Namun, memang saya tak boleh nafikan apabila terjadi pada umum, penerimaan orang ramai memang tidak suka OKU (Orang Kelainan Upaya) dipermainkan.
"Atau pun, rakan-rakan saya berkata kalaulah orang normal tu tahu macamana susah jadi OKU mesti tidak sampai hati nak bergurau begitu.
"Jadi ramai orang tidak gemar kecacatan orang dibuat main. Tapi sejujurnya saya sendiri, dengan orang-orang yang saya kenal memang tiada masalah cuma bergurau di tempat awam, pasti ramai tidak suka," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment