18 October 2023

"BELUM (BERCERAI), KAMI BAWA HALUAN MASING-MASING" - PU ABU



Semua sedia maklum mengenai pendakwah bebas yang juga Pencetus Ummah Abu Sufyan atau PU Abu, dimana sekitar bulan Jun lalu, dia ada berkongsikan rumah tangganya kini bahagia dengan dua isterinya iaitu Ain Afini dan Hana Azraa.
Terbaru, PU Abu telah memuat naik posting di Insta Story dan perkongsiannya menjadi perhatian ramai apabila dia memberi bayangan perkahwinan dengan kedua isterinya bakal berakhir.

Dalam posting tersebut, Pu Abu mengatakan mereka sudah berbincang untuk membawa haluan masing-masing selepas enam tahun bergelut kemelut rumah tangga.

"Setelah berbincang, kami bertiga akan bawa haluan masing-masing. Demi kebaikan semuanya. Tidak ada lagi kebaikan dan kata sepakat yang dapat dicapai.

"Insya-Allah semuanya akan melalui proses yang betul. Doakan yang baik-baik buat kami. Tidak ada apa-apa kepentingan, melainkan hanya ingin menyelesaikan kemelut selama enam tahun," tulisnya.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, PU Abu mengakui dia gagal menjadi ketua keluarga dan pilihan yang ada adalah membawa haluan masing-masing.

"Di mana silapnya? Saya silapnya. Sekiranya mereka tidak merasa bahagia, apakah perlu saya membiarkan terus sengsara? Apa pilihan yang saya ada melainkan membawa haluan masing-masing.

"Jangan risau, ini adalah keputusan bersama. Anak? Insya-Allah semuanya akan baik, anak-anak tetap anak-anak," tambahnya.

Berhubung posting dimuat naik itu, PU Abu mengesahkan dia dan kedua isterinya bakal membawa haluan masing-masing dan akan berkongsikan perkembangan lain di media sosial miliknya.

"Belum (bercerai), kami bawa haluan masing-masing. Apa-apa saya akan update dalam media sosial saya. Untuk setakat ini, itu sahaja yang saya boleh maklumkan," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: