18 October 2023

DULU PAKAI 'WEDGES', SEKARANG PAKAI 'IEM' - AISHAH AKUI MONITOR TELINGA PUNCA NYANYIAN 'HAUK'



"Sebagai penyanyi lama, ada beberapa isu teknikal yang saya hadapi. Selama 38 tahun, saya menyanyi dengan bantuan vocal monitors (wedges).
"Alat bantuan ini akan menghadap penyanyi supaya saya boleh dengar suara dan muzik. Tapi sekarang dah tak pakai 'wedges', digantikan dengan IEM yang disumbat dalam telinga.

"Generasi muda sudah biasa menyanyi dengan menggunakan IEM. Namun, bagi saya generasi lama agak sukar untuk menggunakannya.

"Sewaktu bertanding dalam Gegar Vaganza musim keempat (GV4), peralatan wedges masih digunakan (ketika itu di PICC Putrajaya). Tapi di MBSA (GV10), tiada langsung wedges dan perlu menggunakan IEM sepenuhnya.

Klik untuk gambar besar
"Saya cuba seimbangkan bunyi dalam IEM dengan memakai sebelah ketat dan ada masa dipakai longgar. Sewaktu konsert minggu pertama, saya pakai IEM sepenuhnya dan semua orang tahu saya menyanyi dengan teruk."

Demikian tulis Datuk Aishah menerusi perkongsian di laman Instagram, dimana dia menjelaskan sebab mengapa tidak dapat menyanyi dengan baik ketika persembahan.

Umum mengetahui, Ahad lalu, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, 58, menjadi peserta ketiga yang tersingkir di All Stars Gegar Vaganza (ASGV @ GV10).
Menurut Aishah, dia tidak biasa menggunakan alat monitor telinga atau 'In-ear monitors'. Ini kerana kata Aishah, sepanjang 38 tahun dalam industri dia lebih selesa mengunakan alat pemantau vokal (vocal monitors) yang digelar 'wedges', berbanding 'IEM'.

Tambahnya lagi, generasi muda sudah biasa dengan alat tersebut, namun sukar baginya sebagai generasi lama untuk menyesuaikan penggunaan IEM sehingga menjejaskan mutu nyanyiannya.

Diruangan komen pula, rata-rata peminatnya terus memberikan kata-kata semangat serta akan terus menyokong penyanyi itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: