"Terima kasih banyak-banyak datang saya punya (pementasan) Teater Pak Pandir & Labu Ajaib."
Demikian tulis pelakon Puteri Sarah Liyana yang nyata terharu apabila temannya dari Indonesia iaitu pelakon dan ahli perniagaan Indonesia, Andi Arsyil Rahman sempat meluangkan masa menyokongnya pada pementasan Teater Pak Pandir & Labu Ajaib lakonannya.
Melihat pada perkongsian hantaran tersebut, Puteri Sarah, 38, dan Andi, 36, kelihatan berada di bilik persalinan belakang pentas untuk mengambil gambar bersama.
Meninjau ke ruangan komen, ramai turut mendoakan yang baik-baik buat mereka termasuk dipertemukan jodoh.
Klik untuk gambar besar
"Sukanya tengok gambar 'last' itu. Dua-dua macam 'blushing' saja. Harap persahabatan ini sampai ke jinjang pelamin.
"Puteri Sarah, saya harap dia yang tepat buat kamu dan anak-anak," itu antara komen peminat.
Sebelum ini, mereka pernah mencuri tumpuan ketika membuat siaran langsung di TikTok.
Kemesraan mereka sekali gus mengundang spekulasi dalam kalangan netizen mengenai hubungan mereka.
Namun Puteri Sarah menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar teman baik.
Terdahulu, tular di media sosial gambar tangan 'lelaki misteri' yang dimuat naik Puteri Sarah di Instagram.
Menurut Puteri Sarah, jejaka berkenaan adalah pelakon dari Indonesia dan rakan kongsi perniagaannya itu.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment