"Alhamdulillah, menyambut seorang lagi anak perempuan dalam keluarga kami. Terima kasih untuk doa."
Demikian tulis suami kepada pelakon Izara Aishah iaitu Adib Khalid yang berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak kedua mereka yang merupakan bayi perempuan.
Berita gembira tersebut disahkan Adib menerusi ruangan komen di laman Instagram (IG) milik Izara.
Menerusi perkongsian di IG juga, Izara turut memuat naik video Adib ketika mendukung anak kedua mereka itu.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, Izara tidak memberitahu butiran terperinci mengenai bayinya itu termasuk tarikh bersalin.
Perkongsian Adib dan Izara itu mendapat perhatian ramai, dimana rata-ratanya mengucapkan tahniah atas kelahiran tersebut.
Untuk makluman, Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan anak pertama iaitu Irisa Alaia, 3 tahun.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment