15 October 2023

NAMA ARDINI - SABRI YUNUS PILIH UNTUK ISTERI



"Ardini itu saya sendiri yang pilih selepas pihak pejabat agama minta kami pilih satu nama untuk didaftarkan. Dalam tempoh dua ke tiga minit sahaja, terlintas nama itu bertepatan dengan maksudnya iaitu isteri yang menyayangi.
"Saya sengaja mencari nama bermula dengan huruf A sebab nama asal isteri saya pun memang Angeline, syukur Allah ilhamkan nama itu dalam fikiran saya.

"Semasa proses Angeline memeluk Islam pada 26 September lalu di Kelantan pun semuanya dipermudahkan, Alhamdullilah, benda baik Allah akan tolong."

Itulah kongsi pelakon dan pengarah Sabri Yunus, dimana dia memberitahu nama Ardini dipilih olehnya untuk isteri selepas pelakon Angeline Tan sah melafazkan syahadah pada 26 September lalu.

Tambahnya lagi, bagi mendapatkan nama tersebut, dia hanya mengambil masa dua hingga tiga minit serta mahukan nama Angeline bermula dengan abjad A.

Dalam pada itu, Sabri berkata, buat masa iini isterinya itu belum berhijab sepenuhnya, selain enggan memaksa Angeline untuk berbuat demikian.

"Setakat ini, Angeline belum berhijab sepenuhnya. Saya tak mahu paksa. Dalam hal ini, biarlah dia buat dengan hati yang terbuka, atas kehendak hatinya," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: