"Alhamdulillah, terima kasih pada Baitulmal atas pertolongan diberikan. Rumah baharu dah dapat Jumaat lepas, cuma belum pindah sepenuhnya sebab ada banyak lagi barang belum siap dibungkus dan dikemas di rumah lama. Insya Allah, Rabu ini dah boleh duduk.
"Kebetulan tuan rumah pun lanjutkan tempoh sampai Rabu ini untuk kami selesaikan urusan perpindahan. Kiranya pindah secara berperingkat."
Itulah tutur penyanyi popular era 90-an, To'ki yang meluahkan rasa syukur atas pemberian rumah sewa baharu yang disediakan oleh Baitulmal di Sentul, di sini, sejak Jumaat lalu.
To'ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur, 58, berkata, dia dan isterinya sudah mula berpindah ke rumah sewa baharu.
Tambahnya lagi, tuan rumah lama juga telah melanjutkan tempoh sehingga Rabu ini bagi membolehkan dia dan isteri membuat pemindahan barang.
Dalam pada itu, To'ki berharap isu ini tidak lagi diperbesarkan memandangkan semua orang sudah mengetahui apa yang terjadi.
Terdahulu, To'ki dilaporkan tidak membayar sewa rumah sebanyak RM900 sebulan yang tertunggak dari Jun sehingga September. Selain itu, bil elektrik juga tidak pernah dibayar yang kini mencecah RM7,000.
Malah, notis mengosongkan rumah itu juga difahamkan sudah diberi dan diterima oleh isteri To'ki, namun tidak diendahkan dan mereka kekal duduk di rumah itu.
Bagaimanapun, pemilik rumah memberi kebenaran kepada To'ki tinggal di rumah itu sehingga 31 Oktober ini selepas pertemuan bersama pegawai dari Baitulmal, dimana pihak mereka juga sudah melangsaikan tunggakan sewa dan bil elektrik itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment