"Ada ni tengah buat proposal kahwin," itulah tulis bekas isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menerusi perkongsian di Insta Story, baru-baru ini.
Perkongsian Sera itu menjadi perhatian ramai apabila dia seakan memberi bayangan bakal bernikah lagi tidak lama lagi.
Dalam hantaran tersebut, Rossa dilihat sedang merakam dirinya sendiri sambil menaip sesuatu pada komputer riba ketika berada di sebuah kedai.
Klik untuk gambar besar
Malah, Sera juga kelihatan ceria dalam video berkenaan yang menggunakan lagu berjudul 'Kiw Kiw Cukurukuk' sebagai muzik latar.
Untuk makluman, Sera pernah mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada 2015, namun disahkan bercerai dengan talak satu pada 22 Mac lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Asyifatu Aimi, 4.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment