"Kali ini saya tidak uruskan, mereka pilih sendiri. Saya tidak uruskan sebab masalah ini sudah terlalu besar, jadi saya ambil langkah berdiam diri. Saya lepas tangan. Kalau ada masalah nanti dan mereka minta tolong... tengoklah bagaimana."
Demikian ujar penyanyi Shila Amzah yang memilih untuk tidak masuk campur urusan mengenai perpindahan keluar adik-beradiknya daripada rumah banglo berkenaan.
Ketika sesi siaran langsung di Instagram baru-baru ini, Shila telah menjawab soalan daripada peminat yang bertanya adakah keluarga penyanyi itu berpindah ke rumah yang telah disediakan.
Klik untuk gambar besar
Jawab Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, dia difahamkan keluarganya itu mencari kediaman baru tanpa pengetahuan dirinya.
Dalam pada itu, Shila turut memberitahu, dia meneruskan hasrat untuk menjual rumah berkenaan, namun menunggu ianya dikosongkan untuk memudahkan urusan berkenaan, selain berkata, ramai sudah bertanyakan rumah tersebut.
"Dah ramai tanya nak beli rumah itu. Tapi biarlah tunggu kosong dulu, sekarang masih ada orang dalam rumah itu.
"Apabila sudah kosong barulah senang untuk orang datang tengok. Setahu saya mereka sudah tiada di rumah itu, tapi tak tahu secara rasmi sudah pindah atau belum," katanya.
Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai kemelut adik-beradik Shila Amzah selepas dia ingin menjual rumah banglo diduduki keluarga mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment