26 October 2023

BERTUDUNG LABUH KERANA ALLAH - MIA AHMAD TAK KISAH DILABEL MAKCIK



Pelakon Mia Ahmad sudah jarang muncul di kaca televisyen, sejak mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim 2 (JDTII) iaitu Izham Tarmizi.
Meskipun begitu, Mia tetap aktif di media sosial berkongsikan perkembangan terbarunya untuk tatapan para peminatnya.

Semua sedia mengetahui, penampilan pelakon itu kini dilihat lebih sopan apabila tampil memakai tudung labuh menutup dada.

Mia nenerusi perkongsian di Instagram menjelaskan, dia bertudung labuh kerana Allah dan dia kuatkan hati untuk melakukan perkara ke arah lebih baik.

Klik untuk gambar besar
Tambahnya lagi, dia mengubah cara pemakaiannya itu adalah kerana untuk menjadi insan lebih baik dan bukan mahu nampak baik.

"Bila orang cakap tudung labuh macam makcik dan tak moden.... Sorry, I dress for Allah...

"Ada yang cakap I takkan istiqomah.. ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati cuz I know I did the right thing. For the sake of Allah. I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik.
"Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah terus menjaga niat hati I dan kita semua.

"Sisters, semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin yra," tulisnya.

Untuk makluman, Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham Tamiri pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Sayf Issa, Iris dan Imaani.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: