26 October 2023

BAWA ANAK PERGI WATERPARK - FIZI ALI TUNAI JANJI



"Hari ni (baru-baru ini) daddy dan mama bawak anak-anak pergi waterpark.. dari pagi sampai ke malam jalan.. Penat deorang duduk main-main.. tidurlah sayangg.
"Awak berdua tidak salah. Maafkan daddy dan mama kalau ada terkurang," tulis penyampai radio, Fizi Ali yang sebelum ini mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan wanita pilihannya, Siti Zulaikha, pada Isnin lalu.

Memuat naik gambar mereka sekeluarga yang kelihatan gembira di taman tema air, Fizi berkata, dia bersama isterinya, Siti Zulaiikha membawa anak perempuannya, Ameena serta anak tiri beriadah di taman tema air.

Klik untuk gambar besar
Dalam hantaran itu, Fizi turut memohon maaf kepada kedua-dua anaknya jika ada yang terkurang sepanjang membesarkan mereka.

Terdahulu, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018, namun bercerai pada Disember 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan cahaya mata perempuan, Ameena Sofia.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: