26 October 2023
JUMPA KELUARGA BAKAL MENANTU TAHUN DEPAN - ZARINA ZAINUDDIN DAH RUJUK USTAZ ISU PERKAHWINAN ANAK ISTIMEWA
"Ada perancangan untuk jumpa keluarga perempuan. Azal kata mungkin tahun hadapan, saya cuma bagi masa. Saya mahu Rahmah terima Azal seadanya. Tidak mahu paksa-paksa, kalau tidak suka, tiada masalah. Saya boleh jaga anak saya tetapi kalau suka, boleh teruskan.
"Saya ada cuba ajar Rahmah dengan cara saya dan sepanjang Azal bersama Rahmah, dia sangat 'gentleman'. Cuma sebagai ibu, saya belum bersedia melepaskan dia 100 peratus. Saya bagi mereka masa kerana masing-masing akan memulakan kehidupan baru bersama-sama.
"Saya juga sudah merujuk ustaz dan dia kata boleh untuk Azal berkahwin kerana dia dalam kategori budak yang faham. Sekarang pun dia bekerja di Singapura dan saya sengaja tinggalkan dia berniaga di sana supaya boleh berdikari."
Klik untuk gambar besar
Demikian ujar pelakon Zarina Zainuddin yang berkongsikan, dia sudah pun mendapatkan nasihat daripada ustaz sebelum anak istimewanya, Azal mendirikan rumah tangga dengan wanita berasal dari Indonesia dikenali sebagai Rahmah.
Dalam masa sama, Zarina turut mengesahkan Azal serius untuk membawa perhubungan dengan Rahmah ke fasa perkahwinan.
Merancang untuk berjumpa keluarga Rahmah tahun hadapan, Zarina bagaimanapun berkata, dia ada meminta Rahmah agar tidak terburu-buru menerima Azal sebagai pasangan.
Dalam pada itu, Zarina mengakui, dia belum sepenuhnya bersedia untuk melepaskan anak lelakinya itu, namun dia sudah mempersiapkan Rahmah cara untuk menjaga Azal.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment