Pelakon Puteri Sarah Liyana nampaknya sehingga kini masih lagi menerima pertanyaan berkaitan bekas suaminya, pengarah Syamsuk Yusof, meskipun sudah tiga bulan bercerai dengan pengarah sensasi itu.
Menerusi sesi siaran langsung baru-baru ini, Puteri Sarah telah menjawab pertanyaan netizen kepadanya yang bertanyakan adakah Syamsul yang melabur dalam perniagaannya.
"Modal meniaga dari mana? Sol (Syamsul) yang bagi ke?" tanya netizen itu.
"Hello, of course la tidak. Saya rasa kan semua akaun palsu ini dia buat notifikasi (ketawa). Jadi, bila Puteri Sarah live, dia akan cepat-cepat masuk," jawab Puteri Sarah pula.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, turut menjadi perhatian apabila Puteri Sarah mendedahkan Syamsul ada memberitahu, dia berada di set penggambaran untuk babak waktu malam.
"Oh lupa sebab tadi orang tu (Syamsul) ada bagitahu dia shooting malam ini. Jadi sebab Syamsul tak ada kat rumah kan, dia kacau Puteri Sarah.
"Tapi tadi suami awak voice note saya ya. Jangan marah (ketawa)," ujar Puteri Sarah lagi, dimana dia turut seolah mengingatkan bekas madunya, Ira Kazar untuk memeriksa 'call log' telefon Syamsul.
"Saya rasa lebih baik awak check phone dia sebab dekat call log banyak nombor telefon saya. Saya tak tahu dia letak nama saya apa. Tak mungkin dia letak nama Puteri Sarah kan," tutur ibu kepada dua cahaya mata itu.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment