07 October 2023

"JIKA SURUH MENYANYI DI STESEN MINYAK SEKALI PUN, SAYA AKAN 'BERIA-RIA'..." - NAQIU



"Pada saya, 'beria-ia' itu adalah diri sendiri dan bukan sahaja pentas GV, jika suruh menyanyi di stesen minyak sekali pun, saya akan lakukan perkara sama.
"Sebab peminat sudah habiskan duit untuk bayar setiap produk yang saya keluarkan. Penganjur juga sudah membayar saya, jadi saya perlu berikan yang terbaik."

Demikian ujar penyanyi Naqiu yang mengakui dia akan bersungguh-sungguh setiap kali membuat persembahan, tidak dikira dalam apa acara termasuk ketika bertanding.

Klik untuk gambar besar
Kata Naqiu lagi, baginya dia perlu memberikan yang terbaik setiap kali menyanyi serta memberikan persembahan yang berbaloi buat penonton.

Dalam pada itu, Naqiu berkata, dia menerima pandangan juri dengan hati terbuka serta mengakui kesilapannya dalam menginterpretasi makna lagu yang disampaikan pada minggu kedua All Stars Gegar Vaganza (GV10) ini.
"Saya paling takut jika 'dibantai' teruk dengan komen juri disebabkan persembahan kurang memuaskan, namun saya akui salah membuat interpretasi lagu tersebut.

"Memang terbeban sebenarnya bila Tok Ram letakkan penanda aras yang tinggi terhadap saya. Apapun, saya okey dengan komen tersebut sebab semua yang nak disampaikan berjaya dilakukan," tuturnya.
Pada konsert minggu kedua All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang berlangsung Ahad lalu, Naqiu menduduki tempat ke-8, dengan membawakan lagu 'Setahun Sudah Berlalu' dendangan asal kumpulan Alleycats.

Manakala pada konsert minggu pertama program itu, Naqiu yang membawa lagu 'Di Bawah Pohon Asmara' nyanyian asal Jaclyn Victor itu memperoleh kedudukan pertama.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: