24 October 2023

BILA SYADA AMZAH 'OPEN FOR ADOPTION' DEK BANYAK KUCING DI BANGLO



"Sesiapa mencari kucing untuk diadopsi dan peneman kucing awak. Yang tak kisah warna atau umur boleh mesej saya, yang serius sahaja tau. Insya-Allah hujung November atau awal Disember lepas siap renovasi."
Itulah tulis adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah dalam satu perkongsian di media sosial, dimana dia memaklumkan dia membuat 'open for adoption' kepada sesiapa yang sedang mencari kucing untuk dibela.

Syada berbuat demikian selepas sebelum ini Shila mengakui terkejut apabila mengetahui kucing peliharaan di rumah banglo keluarganya di Hulu Langat sudah bertambah sebanyak 50 ekor.

Klik untuk gambar besar


Malah, Shila turut mendakwa individu yang bukan ahli keluarganya membawa sekali 10 ekor haiwan tersebut masuk ke rumah itu.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai kemelut Shila Amzah dan adik-beradiknya melibatkan isu rumah banglo didiami keluarganya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: