24 October 2023

KERJA TERTANGGUH DEK F1TNAH - ADIK LELAKI SHILA AMZAH, SYAFIQ AKHIRNYA TERBANG KE CHINA



"Alhamdulillah... Allah SWT masih pinjamkan usia. Syukur. Hari ni (Sabtu) ke China. Terpaksa tangguhkan penerbangan yang dijadualkan pada 19 hari bulan lalu.
"Penangguhan itu disebabkan fitnah daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan kerja tergendala. Namun syukur, Allah bagi jalan untuk terus bekerja.

"Namun saya yakin, segala dugaan yang berlaku pasti ada hikmahnya," kata adik lelaki kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Amir Shafiq menerusi perkongsian di TikTok.

Menerusi hantaran tersebut, Syafiq memaklumkan, dia akhirnya terbang ke China Sabtu lalu, bagi melangsaikan urusan kerjanya yang tertangguh beberapa hari disebabkan fitnah yang melanda dirinya.

Dalam masa sama, Shafiq turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyebarkan fitnah terhadap dirinya, ibu dan adik perempuan serta kekasih, Eiza.

Klik untuk gambar besar
Bukan itu sahaja, malah Shafiq juga sempat berpesan kepada semua orang agar memohon maaf kepada ibu masing-masing sebelum terlambat.

"Terima kasih pada semua yang telah fitnah kami (saya, mak, Syada dan Eiza). Saya memaafkan anda semua. Semoga Allah buka pintu hati kalian untuk lebih menilai diri sendiri sebelum menilai orang lain.

"Dan juga, silalah cari ibu, mak, bonda, umi anda semua dan minta maaf minta ampun pada mereka, sebelum terlambat," katanya lagi.

Bagaimanapun, Shafiq dilihat masih mengambil pendekatan untuk menutup ruang komen di perkongsiannya di TikTok sejak dikecam gara-gara kontroversi dengan kakaknya, Shila.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: