24 October 2023

BOS SUSU MERAJUK & KECEWA DENGAN GV ALL STAR?



“GV kali ni aku stres gila. Takkan nak pantun ja untuk klip aku yang seminit tu, orang pun bosan. Dewan Bahasa dan Pustaka pun bosan nanti.
“Bukan senang nak jual susu ni. Aku ada seminit je untuk raih perhatian enam juta penonton. Dah la minggu lepas klip aku kena potong hangin satu badan aku masa konsert tu.

“Pejam celik dah nak sampai minggu kelima, minggu ni dah nak fikir nak buat apa. Bagi aku klip seminit tu sangat berharga, tu yang aku cakap dengan produksi.

“Support la, jangan la anggap klip aku tu picisan dalam konsert ni. Buat acuh tak acuh je. Dah ambil kita jadi penaja kena pandai la jaga,” tegas Penaja utama program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Azmi atau lebih dikenali sebagai Bos Susu.

Beliau meluahkan rasa kecewa apabila pihak produksi didakwa tidak peka dengan slot iklan yang diperuntukkan untuknya.

Semuanya itu diluahkan menerusi satu hantaran di Facebook, klip satu minit berkenaan amat penting dalam menjana kembali tajaan yang diberikan pihaknya dengan nilai jutaan ringgit.

Tambahnya, produksi perlu bijak menjaga pihak penaja kerana rundingan berkenaan adalah berlandaskan perniagaan, bukan untuk populariti semata-mata, katanya dipetik melalui Kosmo.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: