24 October 2023

"TIADA REZEKI" - ZIZI KIRANA TAK SANGKA DIRI HAMIL, REDA ALAMI KEGUGURAN



"Saya terkejut sebenarnya sebab tak tahu ketika itu sedang hamil, ketika itu pula tengah kerja tak berhenti.
"Pada mulanya badan rasa sakit-sakit, lenguh. Ada teringin epal fuji merah. Bila Yusuf beli epal lain tak nak. Tapi layankan je.

"Ada masa rasa tak nak makan berkuah, sampaikan tak nak tengok. Bila rasa begitu, saya jadi pelik. Bila cuba ujian kehamilan ada dua garis terkejut kami.

Klik untuk gambar besar
"Hari esoknya terus ada darah keluar dan sakit perut sampai menggigil. Bila ke hospital doktor cek ada pendarahan dan janin tak boleh diselamatkan sebab kandungan luar rahim."

Demikian jelas penyanyi Zizi Kirana yang mendedahkan, pada hujung tahun 2021, dia telah mengalami keguguran cahaya mata sulung ketika di awal kehamilan.

Akui isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin ini, dia turut terkejut kerana ketika itu tidak tahu dirinya hamil, namun tidak dapat diselamatkan kerana kandungan luar rahim.
Dalam pada itu, Zizi juga mendedahkan, dia dikejarkan ke unit kecemasan dua kali akibat pendarahan terlalu banyak.

Tambahnya lagi, kesihatan dia dan suami dalam keadaan baik dan dinasihatkan banyakkan berehat jika hamil lagi dalam masa terdekat.

"Doktor pun nasihat saya rehat betul-betul kalau hamil lagi. Alhamdulillah kami berdua tiada masalah pun cuma tiada rezeki," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: