24 October 2023

ARTIS WANITA DALAM PEMANTAUAN BANK NEGARA - JOB TAK SEBERAPA TAPI TAYANG HIDUP MEWAH



Di media sosial ketika ini sedang hangat diperkatakan mengenai seorang artis wanita yang masih muda dan cantik apabila dia dikatakan dalam senarai dan pemantauan Bank Negara berkaitan dengan siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).
Bagaimanapun, memetik laporan Utusan Online, tidak dapat dipastikan sama ada artis tersebut telah disoal siasat oleh pihak penguatkuasa atau tidak.

Difahamkan, dek kerana kecantikannya, artis tersebut yang juga dikatakdikatakanan merupakan seorang pelakon itu turut menerima tawaran pekerjaan seperti rebiu produk atau menjadi duta.

Bagaimanapun, gaya hidup artis wanita berkulit gebu putih itu agak luar biasa sedangkan tawaran dan bayaran berlakon tidak seberapa.

"Ramai yang hairan, dia ini nak kata berlakon datang bertubi-tubi itu tidak juga. Bayaran berlakon pun rasanya tidaklah cecah ratusan ribu bukan untuk sekali 'job', betul tak? Bukannya artis gred A pun," petikan kata-kata dalam Utusan.

Bukan itu sahaja, artis berkenaan malah juga didakwa sejenis tidak segan menayang pada orang ramai dan di media sosial berhubung gaya hidupnya yang memang mewah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: