09 October 2023

BUAT LAPORAN POLIS - TUAN RUMAH DAKWA PENYANYI ERA 90-AN TAK BAYAR SEWA, BIL ELEKTRIK & BUAT 'PERANGAI'



Penyanyi lelaki popular era 90-an telah didakwa oleh seorang wanita, dimana dia gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM3,000 sejak Jun lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, notis mengosongkan rumah itu sudah diberikan dan diterima oleh isteri penyanyi terbabit, namun tidak diendahkan dan kekal duduk di rumah tersebut.

Bukan itu sahaja, penyanyi itu juga turut didakwa mempunyai tunggakan bil elektrik mencecah RM6,770.

Difahamkan, wanita berkenaan sudah berjumpa dan berkomunikasi melalui telefon bagi membincangkan perkara tersebut dan memintanya keluar dari rumah itu.

Penyanyi itu juga didakwa sering membuat bising dan merosakkan harta jiran. Malah, dia turut memelihara banyak kucing yang mengakibatkan bau busuk, membuang sampah merata-rata sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati jiran.

Berhubung hal berkenaan, wanita terbabit turut membuat laporan di Balai Polis Setapak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Ada laporan diterima berkaitan perkara ini. Pengadu buat laporan kerana takut terjadi apa-apa. Pengadu cuba selesaikan perkara ini secara baik dengan penyewa," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: