09 October 2023

YONNYBOII : "RAMAI SALAH FAHAM... SEBENARNYA DIA (ISTERI) HANYA 'REPOST' BUKAN KEPUNYAAN DIA..."



Perkongsian isteri kepada penyanyi dan komposer muda, Yonnyboii iaitu Nik Nazira baru-baru ini di Instagram miliknya telah mengundang pelbagai kecaman dan cemuhan netizen.
Enggan berdiam diri, penyanyi lagu 'Sakit' itu tampil menjelaskan kenyataan yang dimuat naik isterinya.

Jelas Yonnyboii, kapsyen yang ditulis isterinya yang mengatakan dia tidak perlu meminta pendapat orang luar mengenai pemakaian dan penampilannya adalah bukan kepunyaan dirinya, sebaliknya sekadar berkongsi semula atau 'repost' satu perkongsian yang dibuat orang lain di TikTok.

"Ramai yang salah faham dengan hantaran yang dimuat naik isteri saya. Sebenarnya dia hanya 'repost' perkongsian dari TikTok dan video itu bukan kepunyaan dia pun tetapi video orang lain.

Klik untuk gambar besar
"Ibu dia pun menegur kenapa muat naik hantaran sebegitu dan isteri saya jelaskan dia tidak melakukannya sebaliknya hanya berkongsi semula hantaran itu.

"Saya yakin isteri saya pun tak sedar perkara itu akan membuatkan ramai yang terasa hati, tapi niatnya sekadar nak berkongsi semula dan perkataan yang ditulis itu pun bukan daripadanya," tuturnya.

Dalam pada itu, Yonnyboii berkata, sejak berita itu menjadi tular, dia menasihati isterinya itu supaya berhati-hati sebelum memuat naik sebarang perkongsian di media sosial.
"Mahu atau tidak dia kena menerima hakikat yang dia juga sudah mula menjadi perhatian kerana status saya sebagai selebriti.

"Jadi saya sudah ingatkan kepadanya untuk lebih berhati-hati dalam setiap perkongsian. Orang luar akan sentiasa perhati dan serang pada bila-bila masa saja.

"Pada awalnya dia agak bingung apabila hantaran itu menjadi isu besar tapi sekarang dia lebih sensitif dan mula berhati-hati," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: