09 October 2023

ALAMI SUKAR BERNAFAS & PEDIH ULU HATI - SHEILA MAJID BERSYUKUR SUAMINYA, ACIS SELAMAT JALANI PROSEDUR JANTUNG



"Suami saya, Acis dimasukkan ke IJN Isnin lepas kerana mengalami sukar bernafas dan pedih ulu hati. Selepas menjalani pemeriksaan, pihak hospital mengenal pasti keadaan jantungnya yang tidak stabil.
"Pagi semalam Acis selamat menjalani prosedur angiogram, disusuli prosedur angioplasty. Alhamdulillah kedua-dua prosedur itu berjaya.

"Doktor membuat pemasangan 'stent' pada arteri utamanya selain meletakkan dua belon di bahagian lain arteri yang tersumbat dalam jantung.

Klik untuk gambar besar
"Beliau kini masih dirawat di hospital untuk pemantauan dan akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. Insya-Allah," tulis penyanyi Datuk Sheila Majid menerusi satu hantaran di Instagram, semalam.

Dalam hantaran tersebut, Sheila memberitahu, suaminya, pemuzik terkenal iaitu Datuk Acis selamat menjalani prosedur angiogram dan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) pagi kelmarin selepas mengalami kesukaran bernafas dan pedih ulu hati.
Menurut Sheila yang merupakan ratu jaz negara itu, dia bersyukur apabila masalah yang dihidapi suaminya ini berjaya dikenal pasti lebih awal.

"Syukur kerana semua telah berakhir, kini dia perlukan rehat. Saya dan Acis berterima kasih kepada doktor, jururawat dan semua kakitangan IJN atas perkhidmatan yang memuaskan bagi keselesaan Acis.

"Juga kepada jururawat yang bersilih ganti menjaga Acis sewaktu ketiadaan saya di sana. Terima kasih semua atas doa, kami amat menghargainya. Saya bersyukur kepada allah kerana masalah ini dikesan awal. Syukur Alhamdulillah," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: