Sesi rawatan kemoterapi yang pertama untuk merawat kanser limfoma tahap empat yang dijalani penyanyi popular era 80-an, Ibnor Riza, 62, berjalan lancar di sebuah pusat perubatan swasta di sini pada 14 September lalu.
Menurut Ibnor, dia terpaksa melakukan kemoterapi itu dengan segera selepas doktor memaklumkan keadaan lehernya bengkak kerana kanser itu semakin agresif.
"Doktor beritahu tidak boleh tunggu lebih lama. Saya bersyukur kemoterapi yang pertama itu berjalan lancar seperti dijadualkan," jelas Ibnor yang turut berkongsi keadaannya selepas rawatan, dimana tubuhnya masih lemah dan dia juga perlu berehat di rumah.
"Saya rasa badan panas seperti berapi. Sesi kemoterapi yang kedua pada 16 0ktober nanti jika keadaan platelet darah semuanya berada dalam keadaan baik," ujar penyanyi yang popular dengan lagu 'Mimpi Yang Tak Sudah' itu, dimana dia tetap mahu bekerja untuk menampung dana rawatan kanser terbabit.
"Walaupun keadaan tubuh masih lemah dan pening selepas kemoterapi, saya tetap berusaha memenuhi undangan persembahan. Setakat menyanyi dua atau tiga lagu, saya masih boleh melakukannya. Pada masa sama, penganjur pun faham dengan keadaan kesihatan saya," kata Ibnor.
Pada masa sama, Ibnor juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi yang melancarkan tabung bantuan untuk membantu rawatan kansernya itu.
"Terima kasih atas usaha Pak Nil itu kerana saya juga berasa tekanan untuk mencari dana itu. Saya tidak mahu orang cakap saya suka meminta-minta dan dengan menyanyi itu sekurang-kurangnya saya dapat mencari deposit untuk membayar kos rawatan kemoterapi yang seterusnya," tuturnya.
Sementara itu, Aznil ketika dihubungi memberitahu, setakat ini kutipan tabung bantuan yang dilancarkan untuk membantu penyanyi itu sudah mencecah sebanyak RM15,000.
"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan jumlah kutipan setakat ini dan saya berharap kutipan akan terus meningkat dan mencapai sasaran untuk membantu rawatan kemoterapi Ibnor.
"Mungkin kutipan agak perlahan tetapi saya tidak akan berputus asa untuk meneruskan tabung bantuan ini dengan bantuan dari semua pengikut menerusi platform media sosial," katanya.
Terdahulu, Ibnor yang merupakan bapa kepada dua cahaya mata berusia antara 13 dan 32 tahun itu memberitahu, doktor memaklumkan, dia hanya mempunyai kira-kira enam bulan saja untuk hidup.
Untuk makluman, Ibnor disahkan menghidap kanser pada Februari lalu. Dalam pada itu, Ibnor memerlukan kira-kira RM30,000 untuk dua sesi rawatan kemoterapi di sebuah hospital swasta.
Jelas Ibnor, sekiranya rawatan tidak berjaya, Ibnor perlu menjalani tiga lagi rawatan kemoterapi yang kosnya dianggarkan sebanyak RM200,000.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment