21 October 2023

"BUAT MASA INI SAYA HANYA MAHU BERCAKAP DENGAN PAKAR TERAPI..." - MAWAR RASHID PADAM SEMUA FOTO TAK BERTUDUNG, PILIH JAUHI KELUARGA, RAKAN



"Saya mohon maaf kerana masih tidak memberi balasan kepada sesiapa. Maafkan saya kepada keluarga, rakan dan juga media. Terima kasih buat keluarga dan rakan yang sentiasa ada bersama degan saya.
"Tetapi diri saya memutuskan untuk tidak berhubung dengan sesiapa. Buat masa ini saya hanya mahu bercakap dengan pakar terapi atau mungkin selamanya."

Itulah tulis pelakon Mawar Rashid menerusi perkongsian di Insta Story, dimana dia tampil memohon maaf kerana tidak memberi maklum balas kepada semua pihak dan memilih untuk menjauhkan diri dari semua orang termasuk keluarganya.

Klik untuk gambar besar
Malah kata isteri kepada pelakon Raf Yaakob itu lagi, buat masa ini, dia lebih selesa berkongsikan segala perkara dengan pakar terapi yang merawatnya.

Selain itu, Mawar dilihat bertindak memadam semua fotonya yang tidak menutupkan aurat selepas mengumumkan tidak lagi bertudung baru-baru ini.

Sebelum ini, Mawar tampil memberi penjelasangan mengenai keputusannya itu yang dianggap bukan tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: