21 October 2023

'PENAT' BERLAKON DENGAN SUAMI ORANG - SOPHIA ALBARAKBAH MAHU YANG BUJANG, ELAK ORANG BERANGGAPAN BURUK



"Saya tak 'sondol' sesiapa ya. Buka kamus dan baca maksud 'penyondol' itu apa," kata pelakon Sophia Albarakbah yang meluahkan rasa hairan, mengapa dia sering dipersalakan sedangkan dia hanya fokus dengan kerjanya sahaja, malah apa saja yang dilakukannya pasti orang akan mengata.
"Orang lain selalu salahkan saya. Kenapa nak salahkan saya? Saya tidak pernah nak mulakan apa-apa dulu. Saya hanya fokus bekerja.

“Sangat susah jadi Sophia. Tak buat apa-apa, duduk bernafas pun orang mengata. Kenapa dia duduk macam tu? Kenapa dia minum air macam tu?" tuturnya.

Sementara itu, Sophia akui 'penat' untuk bergandingan dengan pelakon lelaki berstatus suami orang kerana enggan ada tanggapan buruk terhadapnya.

Dalam pada itu, Sophia juga berharap agar dia hanya digandingkan dengan pelakon bujang, selain akui penat untuk menjaga hati pihak lain.

"Kalau boleh, saya tidak mahu berganding dengan pelakon lelaki yang sudah kahwin supaya orang tidak beranggapan buruk terhadap saya. Saya harap sangat saya digandingkan dengan orang bujang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: