20 October 2023

EMOSI SHILA AMZAH TERGANGGU DEK MIMPI PELAKON WANITA GANGGU UBAI



"Banyak sgt gossip pelakon pompuan ni sampai dia dah termasuk Dalam mimpi dah dua kali?
"Dia Kacau ubai Dalam mimpi Sha pulak tu.. dah bad mood bangun pagi.. Ubai pun dgn penuh sabar, "mimpi je tu sayang" .

"Semalam nampak dia kat stadium, mimpi lagi hahahaha. And it was so vivid...," tulis penyanyi Shila Amzah di laman (X).

Klik untuk gambar besar
Menerusi perkongsian yang dimuat naik baru-baru ini yang menjadi perhatian ramai, Shila mendedahkan ada pelakon wanita yang cuba menganggu suami tercintanya, Ubai.

Shila berkata, meskipun ianya hanya mimpi sahaja, perkara tersebut seakan benar-benar terjadi dalam kehidupan sebenar.

Menurut Shila lagi, pelakon wanita berkenaan banyak kali terpalit dengan isu atau gosip sebelum ini.
Lebih menghiburkan apabila Shila memberitahu yang dia tiada mood disebabkan mimpi tersebut, namun Ubai memujuknya dengan mengatakan bahawa ianya hanya mimpi sahaja.

Sementara itu, diruangan komen pula, ada netizen mendakwa Shila mungkin 'insecure' terhadap wanita-wanita diluar sana, namun penyanyi itu menafikan dakwaan tersebut.

Jelas Shila, dia hanya bimbang, apatah lagi apabila membaca banyak berita mengenai pelakon wanita berkenaan di media sosial.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: